Tuesday, April 21, 2009

Kenangan~

"Dulu abang sorang2 je kt uniten ni.Xde geng pun."
"Masa g kem sungkai pun abang sorang je.xde geng jugak."
"Pastu kt sana kiteorg jadi rapat sampaila skarang."
"Dulu kteorg xknal pn,sekarang duduk satu umah sepanjang pengajian kt uniten"
"Masa gi kem sungkai tu mmg hardcore habesla.Nak masuk kem tu kna naik lori ramai2."
"Pastu ade war game.Best gila."
"Di situla kami jadi sahabat dan terus menjadi sahabat hinggalah sekarang."

Benda ni selalu diwar-warkan kepada aku dari aku mula join wawasan since foundation.Hati ni membuak2 mau pegi.Jeles bile dengar cerita mereka.So bila ade peluang keemasan ni.Aku memang xkan melepaskan peluang ini sama sekali.So kepada rakan2 jom kite ramai2 menggamatkn program nie..dan menggamit kembali cerita mereka dulu.Kepada adik2,peluang hanya datang sekali,dan xbole nk rewind balik.Kite xtau lg bila dapat pluang ni.Pihak alumni bersusah payah membuat program utk kite semua.Jom kite ramai2 menyokongnya.Saya sangat terharu apabila,ada alumni yang sudah bekerja dan seorang yg workaholic snggup menggadaikan cuti hujung minggu mereka semata2 utk KEM SATU
Kem SATU wait for me..here i come.

Jom kite pakat gi Kem SATU

AKTIVITI : KEM S.A.T.U.
TARIKH : 1 hingga 3 Mei 2009
TEMPAT : sungkai, PERAK d.r.
MASA : 6pagi(1hb) - 12tgh(3hb)*
Bayaran : RM 30-50 (untuk aktiviti)*
perjalanan dijangka menaiki bas lompat-lompat

Kumpulan Sasaran Program: Ahli-ahli Kelab Wawasan UNITEN seramai 40 orang

Konsep Program: Pembentukkan Organisasi Kumpulan (Team Building)

Objektif:

1.Menerapkan konsep dan nilai berorganisasi ke dalam ahli dan tenaga penggerak kelab.
2.Membina semangat toleransi,kerjasama dan semangat berpasukan di kalangan ahli dan tenaga penggerak kelab.
3.Menanam semangat patriotisme agar ahli serta tenaga penggerak memahami dan menghayati akan peranan mereka untuk mempertahankan Agama,Bangsa dan Negara.
4.Merapatkan jurang di antara ahli kelab dan alumni kelab.

Butiran:

1.Segala kos akan ditanggung oleh peserta dan alumni kelab serta penderma budiman.
2.Peserta akan menaiki bas ke Tg.Malim daripada Uniten.
3.Seterusnya,mereka akan menaiki bas lompat-lompat ke Sungkai daripada perhentian bas Tg.Malim.
4.Daripada simpang masuk ke kawasan kem,peserta akan diangkut masuk menggunakan lori.
5.Setibanya di kawasan kem,peserta akan diserahkan kepada Biro Program untuk dibentuk dan akhirnya mencapai objektif.
6.Aktiviti terpulang kepada Biro Program.

Monday, April 13, 2009

Senarai kesyukuran ku~

Tag kesyukuran

  1. Aku bersyukur kerana dapat bangun pagi ni.Dapat bernafas dan menghirup udara segar juga melihat keindahan ciptaan tuhan.
  2. Aku bersyukur aku dilahirkan dalam Islam dan family aku punya pegangan agama yg kuat.
  3. Aku bersyukur dilahirkan cukup sifat.Tiada kecacatan
  4. Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak Zakaria bin Mohamed dan Rohani Binti Md Ariff.Terima kasih mak kerana melahirkan kak long!
  5. Aku bersyukur kerana diberi cukup makan dan pakai oleh mak ayah.Segala keperluanku dipenuhi kerana aku tahu,aku ni jenis suka mintak macam2 kt ayah.Tapi ayah akan tunaikan juga permintaan aku.Thanks ayah!
  6. Aku bersyukur penah merasa duduk kt rumah yg kecil hanya ada satu bilik iaitu di kuarters TNB.
  7. Aku bersyukur aku penah merasa naik bas,naik moto dngan family.Aku pernah rasa susah.
  8. Aku bersyukur aku pernah merasa naik kereta yg perlu brhimpit-himpit dengan adik-adikku.So dari itu aku knal erti kepayahan ayah bekerja utk menyara kami.Alhamdullilah sekarang mampu beli kereta besar sikit.Muatla untuk kami adik beradik.Xmacam dulu dh
  9. Aku bersyukur sekarang aku tinggal di rumah yang ayah beli.Xpayah nak pindah randah.Rumah yang boleh dikatakan selesa utk memuatkan kami 7 beranak.
  10. Aku bersyukur aku xpayah nak berikat perut menahan lapar.Ayah masih mampu menanggung kami.Dan alhamdulillah rezeki ayah sentiasa berlimpah ruah.
  11. Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak pertama.Ia mengajarku untuk menjadi contoh kepada adik-adikku
  12. Aku bersyukur dilahirkan sebagai anak tunggal perempuan dalam family.So aku xyah nak kongsi2 brg dgn adik aku.
  13. Aku bersyukur kerana dikurniakan adik2 lelaki yang nakal2 belaka.Mohd Farizuan,Afiq Izzuddin,Amirul Akmal dan Mohamed Ariff Haqimi itulah nama adik2 ku yg aku sayang sgt2.
  14. Aku bersyukur aku pandai berdikari dari zmn aku bersekolah lg.So aku xbyk menyusahkan mak dan ayah kerana aku byk benda aku boleh selesaikan sendiri
  15. Aku bersyukur kerana aku punya kawan yang sangat ramai.Rakan-rakan dari Tadika Taski ABIM,Sek Keb Kota Jaya,Sek Agama Kota Jaya,Sek Men Keb Tun Habab,Sek Men Teknik Perdagangan,Kem PLKN Asahan,Management & Science University,UNITEN last but not least Sahabat Wawasan
  16. Aku bersyukur aku dpt masuk teknik.Kalau x,aku xjumpa stallen chia..huhu
  17. Aku bersyukur kerana dikurniakan minat untuk aktif dalam berpersatuan.Sejak dari sekolah rendah aku dah berminat menyertai aktiviti persatuan.
  18. Aku bersyukur dikurniakan seorang kekasih yang memahami perangai aku,kehendak aku.Stallen Chia,i love u.FULLSTOP
  19. Aku bersyukur kerana aku diterima oleh keluarga pasanganku.Hubunganku dengan mak dia boleh dikatakan akrab.Mak cik,bila nak masuk meminang?hhahahahaha..(perasan sungguh aku ni)
  20. Aku bersyukur kerana diberi peluang oleh Ekhwan Harith menjadi ketua pengarah program Dinner wawasan.First time dpt pegang tittle KP.Selalu jd org bawahan je.
  21. Aku bersyukur kerana diberikan minat untuk rajin masak.So senangla mak aku,kalau dia penat.Aku jadi pengganti chef di dapur.
  22. Aku brsyukur aku berhenti blajar kt KUTPM.kalau x dah jadi cikgu dh.
  23. Aku bersyukur aku dapat masuk uniten.
  24. Aku bersyukur aku dapat mengenal erti kepayahan mencari duit
  25. Aku bersyukur dapat berjumpa dengan sahabat Wawasan.Di situ aku dapat mengenal erti sahabat yang sebenarnya.

Friday, April 10, 2009

Tunggu

Nantikan cerita tentang dunia praktikal ku.
Tunggu!





p/s:Patik pergi bertapa kejap~

Keseronokan berada di rumah~

Dikala kebosanan duduk di rumah tatkala cuti sempena meraikan keputeraan sultan johor.So aku amikla peluang main masak2 dgn adikku.Kat bawah ni adalah bahan2 untuk membuat pizza simple ala farra_jb

ni adalah bahan2 nye :
tepung
yis
bawang
lada
mix vege
hot dog
mozarella cheese
hotdog
tomato
mayonis
sos



pizza yang bakal dimasukkan dalam oven~

ni pulak milk shake

bahan2 nya ialah
aiskrim
susu
ais


Happy birthday untuk kamu~

Selamat hari lahir untuk kamu
Semoga panjang umur dan murah rezeki~
April Fool!

Wednesday, April 1, 2009

Oh pantai

Rasa macam nak pergi pantai sorang-sorang
Duduk,termenung,berangan tentang masa depan
Sambil melihat pemandangan pantai,dengar bunyi ombak yang menderu
Tanpa gangguan
Ketenangan , aku perlu kamu
Aku mahu jerit sepuas-puasnya melepaskan segala yang terbuku di hati
Biarlah ombak pantai menjadi saksi dan mendengar segala keluhanku