Dah lama rasanye Gadis xupdate since my first post.Gadis tengah kumpul idea untuk tulis kt blog Gadis ni.Kali ni Gadis still nak cakap pasal politik lagi.Xtaula aper nak jadi dengan Politikus kat Malaysia ni.Masing-masing sanggup lakukan ape saja untuk dapatkan kuasa.Bile dah dapat kuasa xpandai pulak nak buat kerja!
Cuba korang bayangkan ape akan jadi kat Malaysia 5tahun akan datang.Dengan keadaan sekarang yang kucar-kacir dan terumbang-ambing.Gadis hanya berdoa Malaysia akan sentiasa aman dan damai.
Politik kat Malaysia ni xkan berubah selagi corak pemerintahan xberubah; maksud saya rasuah,kronisme dll yang menjadi duri dalam daging.Siapa yang berkuasa akan terus berkuasa dan bermaharajalela ; even mereka buat jenayah,still dapat ditutup dengan kuasa yang ada.
Budaya macam tu sangat2 tidak sihat.Sibuk nak banteras jenayah,mat rempit,seks bebas tapi diri sendiri xbetul! Seolah-olah seperti mengajar anak ketam berjalan.
Tuesday, June 24, 2008
Thursday, May 22, 2008
Melayu mudah lupa by Tun MM
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai
Mungkin ramai sudah terlupa dengan sajak yg dibacakan oleh
Presiden UMNO ketika itu,Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di akhir ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.
Sajak ini memberi makna yg cukup mendalam khususnya bangsa Melayu.Memang xboleh disangkal lagi,melayu memang mudah lupa;bila dah ada kuasa,ada jawatan tinggi,ada kereta besar,rumah besar..mulalah melayu lupa diri..mendabik dada setinggi langit ke 7.Sepatutnya kite ikut resmi padi"semakin berisi,semakin tunduk".
Renung-renung bersama bait2 sajak di atas,Fahami dan hayati
Renung-renungkan dan selamat beramal!! hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)