Thursday, December 3, 2009

Kepercayaan.

Korang pernah tak berjumpa dengan situasi, seseorang tu dah diberi kepercayaan oleh seorang ketua.Tapi orang tu tak berterima kasih dengan ketua tu.Malah dikutuk-kutuknya ketua dia tu.Aku bagi contoh simple la.Bapak korang adalah ketua keluarga.One day dia kena gi Haji.So korang diamanahkan utk menjaga adik korang.So dari situ korang diberi KEPERCAYAAN dan DIAMANAHKAN untuk menjaga adik korang dengan baik.Tapi malangnya korang xbuat pun apa yang diamanahkan oleh Bapak korang tu.Malah korang mengabaikan amanah yang diberi .Aku memang PANTANG bila orang buat mcm ni.Sepatutnya kita perlu berterima kasih kerana diberi KEPERCAYAAN untuk melaksanakan amanah yang telah diberi.Jika tidak berminat,awal2 lagi anda perlu tolak.Tak perlu nak kutuk belakang .Tak berkesudahan la jadinya.Kepada yang bakal diberi amanah,pemberi amanah,bakal menjadi ketua,bakal menjadi orang kepercayaan ketua.Sila jauhkan diri anda dari sifat ini.Hormatilah ketua anda seadanya.Walaupun dia pernah membuat kesilapan, tegurla dia. Bercakap,mengutuk,mengata itu mudah TAPI melaksanakan dan berada di atas adalah sgt susah.Jadikan kesilapan sebagai pengajaran.Ingat hidup ini macam roda.Sekali anda buat orang.Mungkin sepuluh kali Tuhan balas kepada anda.Peringatan ini adalah untuk diri aku sendiri juga,agar sentiasa menghormati ketua

Sape yang rasa dia minum air bandung.dia yang terasa manisnya

No comments: