"Dulu abang sorang2 je kt uniten ni.Xde geng pun."
"Masa g kem sungkai pun abang sorang je.xde geng jugak."
"Pastu kt sana kiteorg jadi rapat sampaila skarang."
"Dulu kteorg xknal pn,sekarang duduk satu umah sepanjang pengajian kt uniten"
"Masa gi kem sungkai tu mmg hardcore habesla.Nak masuk kem tu kna naik lori ramai2."
"Pastu ade war game.Best gila."
"Di situla kami jadi sahabat dan terus menjadi sahabat hinggalah sekarang."
Benda ni selalu diwar-warkan kepada aku dari aku mula join wawasan since foundation.Hati ni membuak2 mau pegi.Jeles bile dengar cerita mereka.So bila ade peluang keemasan ni.Aku memang xkan melepaskan peluang ini sama sekali.So kepada rakan2 jom kite ramai2 menggamatkn program nie..dan menggamit kembali cerita mereka dulu.Kepada adik2,peluang hanya datang sekali,dan xbole nk rewind balik.Kite xtau lg bila dapat pluang ni.Pihak alumni bersusah payah membuat program utk kite semua.Jom kite ramai2 menyokongnya.Saya sangat terharu apabila,ada alumni yang sudah bekerja dan seorang yg workaholic snggup menggadaikan cuti hujung minggu mereka semata2 utk KEM SATU
Kem SATU wait for me..here i come.
Tuesday, April 21, 2009
Jom kite pakat gi Kem SATU
AKTIVITI : KEM S.A.T.U.
TARIKH : 1 hingga 3 Mei 2009
TEMPAT : sungkai, PERAK d.r.
MASA : 6pagi(1hb) - 12tgh(3hb)*
Bayaran : RM 30-50 (untuk aktiviti)*
perjalanan dijangka menaiki bas lompat-lompat
TARIKH : 1 hingga 3 Mei 2009
TEMPAT : sungkai, PERAK d.r.
MASA : 6pagi(1hb) - 12tgh(3hb)*
Bayaran : RM 30-50 (untuk aktiviti)*
perjalanan dijangka menaiki bas lompat-lompat
Kumpulan Sasaran Program: Ahli-ahli Kelab Wawasan UNITEN seramai 40 orang
Konsep Program: Pembentukkan Organisasi Kumpulan (Team Building)
Objektif:
1.Menerapkan konsep dan nilai berorganisasi ke dalam ahli dan tenaga penggerak kelab.
2.Membina semangat toleransi,kerjasama dan semangat berpasukan di kalangan ahli dan tenaga penggerak kelab.
3.Menanam semangat patriotisme agar ahli serta tenaga penggerak memahami dan menghayati akan peranan mereka untuk mempertahankan Agama,Bangsa dan Negara.
4.Merapatkan jurang di antara ahli kelab dan alumni kelab.
Butiran:
1.Segala kos akan ditanggung oleh peserta dan alumni kelab serta penderma budiman.
2.Peserta akan menaiki bas ke Tg.Malim daripada Uniten.
3.Seterusnya,mereka akan menaiki bas lompat-lompat ke Sungkai daripada perhentian bas Tg.Malim.
4.Daripada simpang masuk ke kawasan kem,peserta akan diangkut masuk menggunakan lori.
5.Setibanya di kawasan kem,peserta akan diserahkan kepada Biro Program untuk dibentuk dan akhirnya mencapai objektif.
6.Aktiviti terpulang kepada Biro Program.
Subscribe to:
Posts (Atom)