Monday, February 2, 2009

Jangan ada benci

Betul kata pujangga benda yang baik jarang orang nampak.
Aku rasa lepas mesti ramai yang akan benci dengan aku.Sory sahabat,aku terpaksa cakap demi kebaikan aku dan korang semua.Aku rasa tanggungjawab aku untuk memberi teguran dah lepas.So terpulangla untuk diterima atau ditolak(Kalau tak bole terima semua,jangan tolak semua).Maybe teguran aku kasar,sebab benda yang dipendam sekian lamakan so bila dapat keluar skali,apa lagi cmtula jadinya.Aku menangis bukan untuk menagih simpati.Aku menangis bukan untuk merayu.
Marilah kita sama2 muhasabah diri ,Improve segala kelemahan,Baiki segala kesalahan.Buang yang keruh ,Ambil yang jernih.Kembalikan semula 'rasa' yang telah hilang tu.'Rasa' sayang,'rasa' cinta pupukla ia kembali sahabat.Pejam celik dah 3tahun aku bersama kelab.So dah banyak asam garam kehidupan yang aku lalui.Dengan berbekalkan pengalaman yang ada,aku cuba baiki kelemahan yang ada.

JANGAN ADA BENCI

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui...
Jadikan kenangan disudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus dipertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri...

Kita harus tabah dan sedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadang-kala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku...

4 comments:

apple said...

jgn sedih sahabat..
pastinya tiada yang akan membenci..
teguran adalah kerana sayang..family mmg begitu..
awak da jalankan tanggungjawab, bukan semua orang mampu pikulnya..
ia bukan senang..saye pasti.
terpulang pada diri masing2 untuk menilai dan memuhasabah.. apa yg perlu disampaikan telah pun disampai kan..terpulang mcm mane kita menghadamkannya..bukan senang nak jaga ati semua org..=)

honey said...

nape ni adik akak ni..

Nissie said...

kita buat apa yang termampu farra, yang lain kalau nak terima, terima lah, kalau tanak, nak wat cane kan.

*sigh*

zarko said...

satu... satu...
jangan ragu-ragu

dua... dua...
usaha segalanya

tiga... tiga...
sayang akan keluarga

empat... empat...
elak mengaku hebat

lima... lima...
amal kerjasama

enam... enam...
usah simpan dendam

tujuh... tujuh...
sahabat tetap utuh

lapan... lapan...
dengki jangan simpan

sembilan... sembilan...
selalu ingat bidalan

sepuluh... sepuluh...
doa sampai peluh


jangan pening yer... ini hanya coretan ... ludahan kata bicara jiwa